KUALA LUMPUR: Filem Blood Brothers: Bara Naga tengah hangat apabila diumumkan sebagai peneraju pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) dengan 13 pencalonan dalam 11 kategori!
Teruskan MembacaKarya ini bukan sahaja dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, malah turut tersenarai untuk Pengarah Terbaik(Syafiq Yusof & Abhilash Chandra), Lakon Layar Terbaik, Sinematografi, Aksi & Lagak Ngeri dan banyak lagi.
Beberapa nama besar turut disenaraikan antaranya:
- Sharnaaz Ahmad untuk Pelakon Lelaki Terbaik
- Untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, muncul nama seperti Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly dan Syafiq Kyle
Pencalonan diumumkan ketika majlis Malam Perasmian & Pengumuman Top 5 FFM34 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Filem lain yang turut mendapat pencalonan tinggi termasuk:
- Takluk: Lahad Datu (12 pencalonan)
- Soloz: Game of Life (11 pencalonan)
- Kahar: Kapla High Council (10 pencalonan)
Para pesaing hebat dalam kategori Filem Terbaik termasuk Soloz, Takluk: Lahad Datu, Reversi, Babah selain Blood Brothers: Bara Naga sendiri.
Menarik juga untuk diperhatikan senarai lengkap calon seperti: Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni, Lagu Tema, Rekaan Kostum, Sinematografi, dan banyak lagi kategori lain yang menyaksikan kekuatan Blood Brothers: Bara Naga menunjukkan keunggulan teknikal dan penceritaan.
Acara utama FFM34 bakal berlangsung pada 1 November di Angkasapuri, Kuala Lumpur, disiarkan secara langsung di TV2.