PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Israel agar segera membebaskan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk lapan rakyat Malaysia yang ditahan di perairan antarabangsa awal pagi tadi.
Teruskan MembacaMisi berkenaan yang membawa aktivis serta bantuan kemanusiaan ke Gaza dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel, antara mereka ialah penyanyi dan aktivis Zizi Kirana.
“Jangan bertindak zalim terhadap aktivis dan sukarelawan, sama ada dari Malaysia mahupun antarabangsa. Saya menuntut agar semua mereka dibebaskan segera,” tegas Anwar dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau turut mengecam keras tindakan Israel itu yang disifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap usaha kemanusiaan antarabangsa.