Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Syazwan Razak, akhirnya bersuara tentang rasa kurang selesa bila dirinya sering dibanding-bandingkan dengan abangnya yang juga pelakon popular, Syafiq Kyle.
Teruskan MembacaSyazwan mengaku dah mula rasa “muak” bila orang selalu kaitkan setiap langkahnya dalam industri dengan nama abangnya, seolah-olah dia tak boleh berdiri sendiri.
“Tipulah kalau saya cakap tak fed up. Tapi saya jadikan benda tu sebagai semangat untuk saya buktikan kemampuan sendiri,” katanya dengan nada tenang.
Menurut Syazwan, dia langsung tak pernah berniat nak menumpang populariti Syafiq dan lebih suka orang menilai bakatnya tanpa ada bayangan sesiapa.
“Saya bukan nak lawan abang, dia dah jauh ke depan. Cuma saya nak orang kenal saya sebab kerja saya sendiri. Cara saya berlakon pun lain, saya ada identiti sendiri,” tambahnya.
Walaupun sering dibandingkan, Syazwan tetap mengakui abangnya banyak membantu dan bagi nasihat sejak awal dia mula berlakon. Antara pesanan paling diingati:
“Kalau nak masuk industri ni, kena mula dari bawah. Tak ada siapa suruh kau masuk, dan tak ada siapa suruh kau keluar.”
Sekarang, Syazwan sedang sibuk dengan projek terbarunya, siri “BF Green Flag”, yang bakal disiarkan di platform MyTV ManaMana bermula 13 November ini dan kali ni, dia pegang watak utama!
Nampaknya, Syazwan betul-betul serius nak cipta nama sendiri dalam dunia lakonan tanpa perlu bergantung pada bayang abangnya. Semoga berjaya, bro!
















