Pelakon dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menegur sikap segelintir netizen yang suka bersorak bila orang lain ditimpa masalah.
Teruskan MembacaDalam perkongsian terbarunya, Zarina atau lebih mesra disapa Anju meluahkan rasa hairan dan kecewa dengan sikap sesetengah individu di media sosial yang nampak “seronok” apabila melihat orang lain susah atau gagal.
“Saya tengok ramai yang gelak bila orang lain jatuh. Kenapa suka sangat tengok orang susah? Kalau belum pernah rasa sakit, jangan pandai-pandai ketawakan orang,” katanya.
Anju turut menyentuh tentang isu perhubungan yang sering jadi bahan tular, contohnya apabila pasangan selebriti berpisah atau dilanda gosip. Menurutnya, tak wajar netizen jadikan perkara itu bahan lawak.
“Contohnya bila ada selebriti putus cinta, terus ramai komen ‘padan muka’ macam tak pernah rasa kecewa. Sedangkan kita semua manusia, tak ada yang sempurna,” tambahnya.
Selain itu, Zarina juga menegur sikap segelintir wanita yang berstatus isteri tetapi masih meninggalkan komen manja kepada lelaki lain di media sosial.
“Saya pelik tengok ada yang dah kahwin tapi komen bukan-bukan pada lelaki lain. Tak malu ke? Hormatlah pasangan sendiri,” ujarnya lagi.
Luahan jujur Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai bersetuju dengan pandangannya dan memuji keberanian pelakon itu menyuarakan teguran secara terbuka.
“Betul sangat! Kadang-kadang netizen ni terlalu cepat menghukum. Kita pun tak tahu kisah sebenar orang lain,” komen seorang pengguna di TikTok.
Tak kurang juga yang mengatakan mereka menghargai cara Anju bercakap terus terang tanpa berselindung, walaupun kadang-kadang nadanya tegas.
Apa pun, mesej yang cuba disampaikan cukup jelas berhenti seronok atas kesedihan orang lain, sebab roda hidup ni sentiasa berputar. Hari ni mungkin orang lain jatuh, tapi esok lusa belum tentu bukan giliran kita.
















