Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid, baru selesai mengerjakan Umrah dan pulang dengan hati yang lebih tenang serta reflektif. Dalam satu posting di Instagram, Mawar berkongsi rasa syukur dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci sambil meluahkan permohonan maaf secara terbuka kepada sesiapa yang mungkin pernah terluka dengan dirinya.
Teruskan MembacaMenurut Mawar, proses menjalani ibadah di Mekah buatkan dia lebih banyak muhasabah diri. Katanya, mungkin ada kata-kata atau tindakan sebelum ini yang menyakitkan hati orang sekeliling, sama ada disedari atau tidak dan dia mahu memperbetulkan hubungan yang mungkin renggang.
Apa yang buat ramai tersentuh, Mawar bukan sekadar minta maaf secara umum. Dia siap buka ruang untuk orang menghubunginya secara peribadi kalau ada perkara yang masih terbuku.
“Kalau ada terasa hati, ada kenangan yang buat awak simpan dalam hati, DM Mawar, kita bincang baik-baik.”
Netizen dan rakan artis ramai yang tinggalkan komen positif, ada yang ucap tahniah, ada yang doakan supaya perubahan baik selepas Umrah kekal berterusan. Ada juga yang puji keberanian Mawar minta maaf secara matang, sebab bukan semua orang sanggup ambil langkah macam tu secara terbuka.
Apa pun, netizen nampaknya menyambut baik energi positif Mawar kali ni. Harap-harap perjalanan spiritual tu bawa lebih banyak kebaikan dalam hidupnya dan tentu saja, hubungan dengan orang sekeliling.
















