Nampaknya isu video live seorang lelaki Malaysia yang bercakap lucah di tempat awam makin panas bila seorang model warga Rusia, dikenali sebagai Alice Kasimova, tampil buat laporan polis selepas mendapati dirinya muncul dalam siaran langsung tu tanpa kebenaran.
Teruskan MembacaDalam perkongsian di Threads, Alice jelaskan dia ambil keputusan tu bukan sebab nak cari publisiti atau marah semata-mata, tapi kerana rasa perkara tu tak patut dibiarkan.
“Ramai orang sekeliling suruh saya buat laporan polis, dan saya ikut nasihat tu. Saya bukan marah, tapi saya rasa berdiam diri hanya akan lindungi mereka yang buat salah,” tulisnya.
Kisah ni bermula bila satu video tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai dari Malaysia sedang makan di sebuah restoran sambil buat siaran langsung (live) di media sosial. Tapi apa yang jadi kecaman, lelaki tu didakwa bercakap lucah dan menghina wanita yang duduk berhampiran, dan wanita tu rupanya Alice.
Dalam video tu, jelas kedengaran nada perbualan tak senonoh yang buat ramai penonton marah dan rasa malu dengan perangai lelaki tu. Alice yang masa tu cuma duduk makan secara normal, tak sangka jadi “bahan” dalam video live orang lain.
Selepas video tu tular, ramai netizen tampil beri sokongan pada Alice, malah ada yang puji tindakan beraninya untuk lapor kepada pihak berkuasa.
Antara komen netizen:
“Good job Alice! Tak semua orang berani buat laporan.”
“Kesian dia, tengah makan pun boleh jadi mangsa content tak senonoh.”
“Harap polis ambil tindakan, jangan biar benda ni jadi trend.”
Perkara ni jadi pengajaran besar buat semua, merakam video di tempat awam bukan alasan untuk langgar privasi orang lain, apatah lagi bila melibatkan kata-kata atau tindakan yang menjatuhkan maruah orang lain.
Alice dalam kenyataannya juga sempat pesan supaya semua lebih peka bila berdepan situasi macam ni, sebab tindakan kecil pun boleh beri kesan besar pada orang lain.
















