Tular di media sosial beberapa tangkap layar yang dipercayai memaparkan mesej perbualan antara ibu mentua dan suami kepada pempengaruh media sosial, Cik Bunga atau nama sebenarnya Nur Mahfuzah Zulkifli.
Menerusi perkongsian semula di platform Threads, mesej berkenaan menunjukkan individu dipercayai ibu mentua Cik Bunga didakwa kerap mencampuri urusan rumah tangga pasangan berkenaan.
Teruskan MembacaDifahamkan, mesej itu turut memaparkan desakan agar suami Cik Bunga segera pulang ke rumah serta kritikan terhadap pasangan itu yang dikatakan banyak menghabiskan masa di bilik.
Situasi itu mengundang simpati ramai apabila Cik Bunga dilihat meluahkan rasa tekanan yang ditanggung.
“Bila aku reda duduk sekali dengan keluarga dia, apa saja depa buat aku pendam, aku diam sorang-sorang…,” tulisnya.
Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa marah terhadap sikap ibu mentua berkenaan dan menyifatkannya sebagai “toksik”.
Ada yang turut mengecam tindakan suami Cik Bunga kerana tidak mempertahankan isterinya dalam situasi tersebut.
“Kesian Cik Bunga, pendam selama ni. Ada suami pun tak guna, tak ‘backup’ isteri,” tulis seorang pengguna Threads.
















