PETALING JAYA: KL baru-baru ni heboh dengan Operasi Noda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menahan 398 individu dalam serbuan mega di 118 pusat hiburan seluruh negara pada 7 dan 8 November lalu.
Teruskan MembacaMenurut PDRM, serbuan melibatkan 5 pemilik premis, 3 pengurus, 150 pekerja, 112 pelanggan, dan 128 wanita GRO. Daripada jumlah ini, 87 rakyat tempatan dan selebihnya 311 warga asing. Kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 55 tahun dan kini dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan bahawa 103 daripada 118 premis diperiksa tidak mempunyai lesen sah. Selain itu, pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai dan peralatan hiburan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan.
Beberapa kesalahan yang sedang disiasat termasuk:
- Menjual arak tanpa lesen (denda maksimum RM50,000)
- Tinggal di Malaysia tanpa pas/permit sah (denda minimum RM10,000 atau penjara sehingga 5 tahun)
- Masuk/berada di Malaysia tanpa pas/permit sah (denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 5 tahun)
Datuk Kumar menegaskan, operasi seperti ini akan diteruskan untuk memastikan semua pusat hiburan beroperasi mengikut peraturan, dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat jika mengetahui sebarang aktiviti tidak sah.
“Jangan main-main dengan undang-undang, pusat hiburan kena ikut syarat lesen, kalau tak, ops macam ni akan terus dijalankan!” katanya.
















