SEORANG lelaki warga Afrika maut setelah berbalas tembakan dengan polis di Pusat Perdagangan KLH terletak di Bandar Puchong Jaya, Serdang pada Khamis.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan bahawa lelaki tersebut merupakan antara suspek yang terbabit dalam beberapa kes jenayah.
Teruskan Membaca“Berdasarkan maklumat, suspek dilaporkan cuba menyerang anggota dengan melepaskan dua das tembakan, memaksa pihak polis melepaskan tembakan balas.
“Bagaimanapun pihak polis tidak mendapat kerjasama ketika hendak menangkapnya, malah diserang suspek dengan dua das tembakan yang dilepaskan dari senjata jenis revolver.
“Hasil siasatan kita menemui dua bilah parang, beberapa nombor pendaftaran palsu, sebuah beg mengandungi wang palsu,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Mohd Shuhaily berkata, secara keseluruhan dua ahli kumpulan penjenayah ini maut ditembak dalam tempoh lebih dua minggu, dengan tiga lagi lelaki warga Afrika ditahan.
Pada 20 Ogos lalu, seorang lelaki warga Afrika maut ditembak polis ketika berbalas tembakan di Bandar Sunway, Selangor.
Oleh itu, siasatan mendapati suspek dalam kes Bandar Sunway itu sebahagian daripada kumpulan yang dianggotai lebih 10 orang terbabit 45 kes jenayah sejak 2018.
Baca juga: