LAIN macam gaya Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini!
Dalam kesibukan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC, Perdana Menteri sempat mencuri perhatian netizen dengan cara paling ‘chill’, guna lagu-lagu tempatan dalam video diplomasi beliau di media sosial!
Teruskan MembacaFenomena yang kini disebut sebagai ‘Playlist ASEAN PMX’ itu jadi tular selepas lagu “Samudera” nyanyian Aisyah Retno digunakan dalam video makan malam rasmi bersama Presiden Timor-Leste. Aisyah siap tinggalkan komen:
“Terima kasih kerana gunakan lagu ini, semoga jasa PMX yang seluas samudera sentiasa dikenang.”
Tak cukup dengan itu, lagu “Pertemuan” (Erra Fazira) pula muncul dalam video bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, manakala “Lagenda” (Sheila Majid) jadi lagu latar pada sidang media penutup ASEAN.
Ruangan komen penuh pujian, ramai kata “team media PMX ni memang Gen Z vibes habis” sebab pandai pilih lagu yang ‘kena’ dengan suasana.
Yang lagi menarik, Perdana Menteri Singapura pun ikut ‘trend’ bila upload video guna lagu “Cak Cekuk” (Wani Kayrie) sambil tag akaun Anwar! Wani pun sempat balas dengan penuh semangat:
“Terima kasih kerana guna lagu saya dan salam sayang dari Malaysia!”
Selain itu, lagu “Untuk Dia” (Sleeq), “Angkasa” (Diandra Arjunaidi), “Nostalgia” (Ernie Zakri) dan “Cubit-Cubit Sayang” (Datuk M. Daud Kilau) turut masuk dalam senarai ‘playlist diplomasi’ paling trending minggu ini.
Netizen sepakat – ‘Playlist ASEAN PMX’ bukan sekadar konten, tapi cara kreatif PMX bawa budaya Malaysia ke mata dunia.
















