Rumah ahli BTS, Jungkook, sekali lagi menjadi sasaran pencerobohan dan kali ini ia benar-benar membuatkan peminat tidak senang duduk.
Teruskan MembacaMenurut laporan media Korea, seorang wanita warga Jepun berusia sekitar 50-an telah ditahan polis selepas dipercayai cuba menceroboh kediaman peribadi Jungkook di kawasan Yongsan, Seoul. Lebih mengejutkan, wanita terbabit dikatakan menekan kod keselamatan pintu rumah berulang kali, seolah-olah cuba masuk ke dalam.
Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pertengahan November lalu, sebelum pihak keselamatan bertindak menghubungi polis. Suspek kemudiannya disiasat atas kesalahan cubaan menceroboh dan stalking, memandangkan Jungkook sendiri membuat laporan berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun, wanita berkenaan difahamkan telah kembali ke Jepun sebelum sempat dipanggil untuk siasatan lanjut, sekali gus menyukarkan proses siasatan pihak berkuasa.
Apa yang lebih merisaukan, ini bukan kali pertama Jungkook berdepan situasi menakutkan seperti ini. Sebelum ini, beberapa individu termasuk wanita dari Korea dan China turut disiasat selepas dipercayai cuba memasuki kawasan kediamannya tanpa kebenaran.
Insiden berulang ini jelas menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan privasi selebriti K-pop terkenal itu, malah peminat di seluruh dunia turut meluahkan rasa marah dan risau di media sosial.
Ramai berharap pihak berkuasa serta agensi pengurusan Jungkook akan mengambil langkah keselamatan lebih ketat agar insiden serupa tidak terus berulang.
Popular memang satu anugerah, tapi bila sampai tahap rumah sendiri pun tak selamat, memang scary.
















