Awie baru-baru ini mengesahkan bahawa dia tidak akan membawa anak sulungnya, Putra Ahmad Merrah, naik pentas semasa konsert Wings Orang Kita yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari ini. Walaupun Merrah semakin mendapat perhatian selepas duetnya dengan Siti Nurhaliza menerusi lagu Senja Nan Merah, Awie tetap mahu anaknya mengejar kejayaan sendiri dalam dunia muzik.
Teruskan Membaca“Saya tak ada niat untuk bawa Merrah perform dengan Wings. Saya rasa penting dia bina karier sendiri, macam saya dulu. Tapi, sudah tentu saya akan sokong dia dari tepi pentas,” kata Awie dengan tenang.
Konsert Wings Orang Kita kali ini juga menampilkan wajah baru dalam Wings dengan dua ahli baru rasmi, empat lagu terbaru dalam setlist, dan kategori tempat duduk “Rockzone Seating” pada harga RM298 untuk peminat.
Jelas Awie, fokus utama konsert kali ini adalah untuk memberi pengalaman terbaik kepada peminat Wings, sambil memberi ruang kepada Merrah untuk berkembang sendiri dalam industri muzik.
















