PENYANYI muda kelahiran Indonesia, Feby Putri mendapat perhatian peminat dengan konsert pertamanya di Malaysia pada Mac tahun lalu dan pada ketika itu ia merupakan pengalaman pertamanya keluar dari Indonesia.
Kali ini, dia kembali dengan konsert kedua, ‘Feby Putri Vol 2 Detik Minit Jam’ pada 27 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaFeby ‘terbang’ jauh ke Jakarta demi mengejar kerjaya seni sejak usia 18 tahun, berasa terharu dengan sambutan hangat dari peminat di Malaysia.
“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu. Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu dan juga pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur pada Julai depan,” katanya.
Pelantun lagu ‘Runtuh’ itu juga pernah bercerita bahawa awalnya dia dihalang oleh orang tuanya untuk mengejar impian dalam kerjaya seni tetapi dengan tekad dan kerja keras, Feby mampu membuktikan kemampuannya.
Menerusi kandungan yang dimuat naik olehnya di Instagram dan Youtube, penyanyi itu berjaya meraih kejayaan iaitu dapat memiliki sebuah rumah pada usia yang muda.
“Saya ke Jakarta bersama abang. Kami memang meminati bidang seni, namun ibu bapa mulanya tidka mengizinkan kerana risau. Namun, saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.
“Ketika itu, saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil saduran dalam YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri pada 2021,” katanya mengenai perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Miebird Projects, Azmi Zainal Abidin berkata, mereka percaya bahawa konsert kali ini akan mengubati kerinduan para penggemar setelah konsert pertama Feby tahun lalu.
Terdahulu, sejak melancarkan single pertamanya, Halu telah meraih lebih dari 42 juta tontonan di YouTube dan sejak itu popularitinya terus meningkat.
Feby berharap dengan kehadirannya kali ini akan mengubati kerinduan para penggemar setelah konsert pertama Feby tahun lalu.
Baca juga: