Nama Datuk Awie memang tak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Tapi bagi anaknya sendiri, Ahmad Merrah, membawa nama besar itu bukan sesuatu yang mudah.
Teruskan MembacaPada usia 19 tahun, Merrah kini mula menyusun langkah untuk menceburi dunia nyanyian, selepas sebelum ini lebih cenderung kepada bidang perniagaan. Namun, pendedahan di pentas hiburan dan sokongan yang diterima membuatkan dia mula yakin untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.
Menurut Merrah, dia sedar cabaran yang bakal ditempuh bukan kecil, apatah lagi bila ayahnya sendiri merupakan figura legenda rock negara. Malah dia mengakui, perbandingan dengan Awie pasti tak dapat dielakkan.
“Susah nak jadi macam ayah. Dia legenda,” katanya jujur, sambil mengakui masih banyak yang perlu dipelajari sebelum benar-benar melangkah jauh dalam industri seni.
Walaupun minat terhadap nyanyian semakin kuat, Merrah tetap memilih untuk utamakan pelajaran terlebih dahulu. Buat masa ini, fokusnya adalah menghabiskan pengajian sebelum bergerak lebih serius dalam rakaman lagu atau projek muzik berskala besar.
Menariknya, Awie sendiri dilaporkan memberi sokongan penuh terhadap minat anaknya itu, namun dengan syarat, semuanya perlu dibuat langkah demi langkah dan bukan kerana tekanan atau populariti semata-mata.
Ramai netizen melihat kemunculan Merrah sebagai sesuatu yang segar, dengan harapan dia mampu membina identiti sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada nama ayahnya.
Persoalannya kini, mampukah Merrah mencipta nama dalam industri muzik dengan gaya dan identiti tersendiri? Sama-sama kita nantikan perjalanan anak legenda ini.
















