Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Pasport Malaysia dan MyKad bakal tampil dengan reka bentuk serta ciri keselamatan baharu dalam tempoh enam bulan akan datang.
Teruskan MembacaMenurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, orang ramai tak perlu risau atau tergesa-gesa nak tukar dokumen masing-masing sekarang sebab pasport dan MyKad lama masih sah digunakan sehingga tarikh tamat tempoh.
Beliau menambah, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dokumen pengenalan dan perjalanan negara. Malah, pasport Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, sebab pemegangnya boleh melancong ke banyak negara tanpa visa.
Selain pasport, MyKad juga akan dinaik taraf dengan reka bentuk lebih moden dan ciri keselamatan terkini bagi mengelak pemalsuan, serta memastikan dokumen itu selari dengan perkembangan teknologi. Penambahbaikan MyKad dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.
Menurut Saifuddin, kerajaan sedang memastikan semua keperluan teknikal dan keselamatan dapat dipenuhi sebelum pelancaran. Dengan pembaharuan ini, rakyat Malaysia boleh yakin bahawa dokumen rasmi mereka selamat, relevan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Jadi, buat masa ini jangan risau kalau pasport atau MyKad lama korang belum ditukar, masih boleh guna macam biasa. Cuma bersiap sedia nanti untuk versi baharu yang lebih ‘canggih’!















