Ibu bapa yang ada anak bakal masuk sekolah rendah, ini info penting untuk anda. Pendaftaran Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2027 akan dibuka bermula 15 Februari hingga 31 Mac depan.
Teruskan MembacaMenurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua proses pendaftaran akan dibuat secara dalam talian sepenuhnya menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman web idme.moe.gov.my.
Untuk pengetahuan, pendaftaran ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam dua kategori umur. Pertama, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021. Kedua, kanak-kanak berusia tujuh tahun (6+) yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.
Berita baiknya, mulai sesi 2027, tiada lagi ujian saringan dikenakan kepada kanak-kanak enam tahun yang ingin masuk ke Tahun Satu. Kemasukan adalah secara sukarela dan tidak melibatkan sebarang ujian diagnostik.
KPM memaklumkan langkah ini diambil bagi memudahkan akses pendidikan awal selain mengelakkan tekanan dan beban emosi terhadap kanak-kanak yang masih di peringkat awal pembelajaran.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan ujian saringan tersebut selepas mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk kesan psikologi dan isu keadilan terhadap kanak-kanak.
Ringkasnya, ibu bapa kini boleh membuat pendaftaran dengan lebih tenang tanpa risau anak perlu diuji seawal usia enam tahun.















