Perkongsian pelakon Amyza Aznan baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila dia memaklumkan anak sulungnya kini dibawa pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di hospital.
Teruskan MembacaMenurut Amyza, keputusan itu dibuat selepas pihak doktor meminta ahli keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan. Walaupun berdepan detik sukar, Amyza mengakui dia masih menyimpan harapan dan hanya mampu berdoa agar satu keajaiban berlaku buat anaknya.
Anak sulungnya, Andre Mikhail sebelum ini dilaporkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan sudah menjalani pelbagai rawatan sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, Amyza dilihat setia menjaga dan menemani anaknya di hospital.

Dalam luahannya, Amyza turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesihatan anaknya supaya diberikan kekuatan untuk melalui ujian berat ini.
Kisah yang dikongsikan itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Ramai yang menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Amyza dan keluarga agar terus tabah menghadapi dugaan tersebut.
















