Pelakon popular Siti Saleha menarik perhatian peminat apabila berkongsi foto terbaru anak sulungnya, Indra di media sosial sempena kedatangan bulan Ramadan.
Teruskan MembacaPerkongsian tersebut mencuri tumpuan ramai kerana ia antara momen terawal pelakon itu menunjukkan wajah si kecil kepada umum selepas kelahirannya baru-baru ini. Dalam gambar yang dimuat naik, Indra kelihatan sangat comel ketika menjalani sesi fotografi bersama kedua ibu bapanya.
Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis seolah-olah datang daripada Indra sendiri turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua… tapi Indra tak puasa lagi tau,” tulisnya berseloroh.
Selain wajah comel Indra yang mendapat perhatian, ramai juga peminat meninggalkan komen memuji keindahan keluarga kecil pelakon itu. Tidak kurang juga yang mengakui ‘geram’ melihat kecomelan bayi tersebut.
Perkongsian berkenaan nyata mengundang pelbagai reaksi positif, dengan rata-rata peminat turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada Saleha dan keluarga sempena Ramadan tahun ini.
















