Pelakon Amyza Aznan akhirnya mengambil tindakan tegas selepas tidak tahan dengan tuduhan melampau yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.
Segalanya bermula apabila seorang individu di TikTok didakwa berterusan meninggalkan komen negatif, termasuk menuduh Amyza menggunakan kisah pemergian arwah anaknya untuk meraih simpati dan mengaut keuntungan.
Teruskan MembacaMenurut Amyza, dia sebenarnya sudah lama bersabar dengan gangguan tersebut. Namun, keadaan menjadi semakin serius apabila individu sama turut menyerang akaun media sosial ahli keluarganya walaupun sudah beberapa kali disekat.
Disebabkan itu, Amyza nekad membuat laporan polis selain turut membawa perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya lagi, tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja tidak benar, malah sangat menyakitkan hati kerana ia melibatkan kehilangan anak yang masih segar dalam ingatannya.
Amyza turut menjelaskan bahawa sebarang sumbangan yang diterima bukan digunakan untuk kepentingan peribadi seperti didakwa. Sebaliknya, ia digunakan bagi menampung kos rawatan anak keduanya serta disimpan untuk keperluan anak-anak.
Dalam masa sama, dia menegaskan tidak pernah terlintas untuk mengambil kesempatan atas kesedihan sendiri demi wang.
Kini, Amyza memilih untuk meneruskan tindakan undang-undang dan berharap dapat bersemuka dengan individu yang menyebarkan fitnah tersebut.
Isu ini sekali lagi jadi peringatan bahawa tidak semua perkara di media sosial wajar dijadikan bahan spekulasi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kehilangan dan emosi seseorang.
















