Memang tak boleh dinafikan, setiap kali masuk Ramadan, nama Khairul Aming mesti trending. Tahun ini lagi luar biasa bila sebuah pasar raya besar, AEON, siap buat rak khas kumpulkan semua bahan masakan ikut resipi Ramadan 2026 yang dikongsikannya.
Teruskan MembacaPerkongsian itu mula tular selepas seorang pengguna Threads, @leaurora, memuat naik gambar menunjukkan staf pasar raya menyusun semua bahan di satu lokasi khas. Tak perlu lagi pelanggan pusing satu pasar raya cari barang satu per satu, semuanya dah ‘set’ siap-siap. Siap cetak resipi sekali!
“Bagus staf Aeon. Dah tahu resipi @khairulaming viral, terus sediakan bahan kat satu tempat,” tulisnya.
Difahamkan, inisiatif tersebut dibuat di cawangan AEON Taman Universiti.
Ruangan komen pula memang meriah. Ramai yang kagum dengan pengaruh Khairul Aming yang disifatkan makin ‘another level’ setiap kali Ramadan menjelma. Ada yang berseloroh, “Satu Malaysia tunggu resipi dia.”
Seorang lagi netizen kata, walaupun menu yang dimasak mungkin biasa, bila Khairul Aming yang buat, terus rasa nak cuba. “Kalau bukan hari ni, esok mesti buat. Aura dia lain macam,” tulis seorang pengguna.
Tak kurang juga yang melabelkan beliau sebagai ‘trendsetter’ sebenar dunia kulinari digital tempatan. Apa sahaja yang dikongsikan, pasti beri impak bukan saja pada dapur rumah, malah sampai ubah strategi pemasaran pasar raya.
Memang jelas, bila tiba Ramadan, resipi Khairul Aming bukan sekadar konten media sosial, tapi dah jadi fenomena yang gerakkan pembelian satu Malaysia.
















