Penyanyi dan pelakon terkenal, Sasha Saidin, tampil berkongsi situasi sebenar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas timbul pelbagai spekulasi dan kebimbangan susulan ketegangan di Timur Tengah.
Teruskan MembacaWalaupun kini berada di Malaysia, Sasha memaklumkan dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarga serta rakan-rakannya yang menetap di sekitar Dubai dan Abu Dhabi. Berita yang melegakan, semuanya dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Menurut Sasha, keadaan di sana masih terkawal dan kehidupan harian berjalan seperti biasa. Namun, dia tidak menafikan ada kedengaran bunyi ‘alarm’ di beberapa kawasan, yang sebenarnya merupakan langkah keselamatan biasa dan bukannya tanda kecemasan serius.
“Ramai yang panik bila tengok video atau berita tular di media sosial, tapi realitinya tak seteruk yang digambarkan,” jelasnya. Sasha turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum disahkan.
Dalam masa sama, Sasha memberitahu terdapat sedikit gangguan melibatkan jadual penerbangan, termasuk penerbangan ahli keluarganya yang terpaksa ditunda. Bagaimanapun, keadaan itu difahamkan bersifat sementara dan masih dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.
Sasha juga menyuarakan keyakinannya terhadap sistem keselamatan dan pengurusan di UAE yang disifatkan cekap serta teratur, selain berharap orang ramai terus mendoakan keselamatan semua pihak yang terlibat.
“Paling penting, jangan panik dan sentiasa rujuk sumber yang sahih,” pesan Sasha.
















