Pelakon Yana Alyahya kini membuka lembaran baharu dalam hidupnya dengan mencuba untuk berhijab, langkah yang dikongsi sebagai sebahagian daripada usaha hijrah diri ke arah lebih baik.
Yana, atau nama penuhnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, kata niatnya ikhlas dan keputusan ini muncul selepas beberapa fasa penting dalam hidupnya, termasuk memasuki usia 30 tahun.
Teruskan Membaca“Sebenarnya saya gunakan perkataan ‘cuba’ sebab ada orang tanya sama ada ini untuk Ramadan sahaja atau kekal. Saya pun tak pasti lagi, tapi rasa nak cuba sebab ada satu ketenangan yang saya rasa bila usia dah masuk 30,” katanya.
Dalam video pendek di Instagram, Yana berkongsi bahawa selepas melahirkan anak dan melalui pelbagai pengalaman hidup, dia rasa ini masa yang sesuai untuk mencuba perubahan.
Dia juga berharap orang ramai memberi ruang dan memahami proses hijrahnya. “Saya hanya manusia biasa yang sedang mencuba sebaik mungkin. Jangan marah atau kecam saya, kalau boleh. Kalau rasa nak berubah, cubalah,” jelasnya.Langkah ini ternyata bukan mudah bagi Yana, tapi dia bertekad untuk menyesuaikan diri perlahan-lahan dan dengan cara yang baik, tanpa memberi tekanan pada diri sendiri.
















