Isu rumah tangga melibatkan pelakon Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi jadi perhatian netizen, kali ini dengan perkembangan yang lebih jelas apabila Abby sendiri tampil menyokong keputusan anaknya untuk bercerai.
Menerusi perkongsian di media sosial, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tidak berselindung meluahkan harapan agar segala kemelut yang dihadapi Marissa dapat diselesaikan secepat mungkin.
Teruskan MembacaDengan nada penuh emosi, Abby menulis agar anaknya segera keluar daripada situasi yang disifatkan sebagai sesuatu yang menyakitkan.
“Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat. Keluarlah cepat daripada mimpi ngeri… tolong aminkan,” luahnya.
Dalam masa sama, Abby turut menitipkan kata-kata semangat buat Marissa agar terus kuat dan menjadikan ujian yang dilalui sebagai pengajaran untuk masa depan yang lebih baik.
Menurutnya, setiap kesukaran yang dihadapi sekarang pasti ada hikmah dan akan membawa kepada kehidupan yang lebih tenang selepas ini.
Terdahulu, Marissa sendiri memberi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya dengan suami, Ahmad Aslam, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hubungan mereka kini di ambang perpisahan.
Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand pada Disember 2023 sebagai isteri kedua, dan sejak itu kisah mereka sering menjadi bualan hangat di media sosial.
Apa pun, ramai netizen kini mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan kedua-dua pihak dapat menemui jalan terbaik demi kebaikan masing-masing.
















