Pelakon muda, Amir Ahnaf, mendedahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda demi membina keluarga yang harmoni dan bahagia.
Menerusi sebuah podcast, Amir berkata impian untuk berkahwin dan mempunyai ramai anak sebenarnya sudah lama tersemat dalam dirinya, malah sebelum bergelar pelakon lagi.
Teruskan MembacaMenurut Amir, dia pernah membayangkan untuk memiliki antara empat hingga lima orang cahaya mata suatu hari nanti.
“Saya memang kalau boleh nak kahwin muda. Sebelum jadi pelakon lagi, saya dah ada impian nak ada empat atau lima orang anak,” katanya.
Dalam masa sama, Amir mengakui dirinya seorang yang sangat mementingkan keluarga atau ‘family man’ dan berharap dapat membina sebuah institusi keluarga yang sihat.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang berpecah, Amir percaya pengalaman tersebut tidak menghalangnya untuk mencipta kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarganya sendiri pada masa depan.
“Saya nak bina keluarga yang sihat dan bahagia. Walaupun saya datang daripada keluarga yang berpecah, saya percaya saya mampu bina keluarga yang harmoni,” ujarnya.
















