“Bocor Lagi?!” – Dokumen Rahsia Kehakiman Tersebar, Pakar Bimbang Integriti Mahkamah Tercalar

PETALING JAYA – Lagi sekali, institusi kehakiman negara dikejutkan dengan kebocoran dokumen sulit pelantikan kehakiman, termasuk minit mesyuarat dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Kali ini, bukan sahaja dokumen bocor—malah tular di Reddit, Facebook dan aplikasi X.
Pendedahan ini mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat dan pakar. Pensyarah Kanan di UiTM, Dr Abdul Aziz Azizam, menyifatkan fenomena ini sebagai “normalisasi penyalahgunaan maklumat” yang boleh menggugat kepercayaan terhadap institusi kehakiman.
“Kalau perkara serius seperti ini dianggap biasa dan tidak diambil tindakan, kita akan ubah institusi awam jadi medan spekulasi dan drama — bukan tempat keadilan,” tegas beliau.
Menurutnya, meskipun orang ramai berhak tahu tentang perkembangan pelantikan jawatan penting seperti Ketua Hakim Negara yang masih kosong selepas hampir 9 bulan, dokumen sulit bukanlah caranya.
Katanya lagi, tindakan membocorkan maklumat mungkin berpunca daripada rasa kecewa terhadap proses pelantikan yang lambat dan tidak telus. Tapi tetap perlu diingat, ketelusan mesti dicapai melalui saluran sah dan beretika.
Sebelum ini, satu petikan minit mesyuarat JAC pada Mei didakwa telah dibocorkan dan disebar luas di media sosial — mencetuskan pelbagai teori dan spekulasi dalam kalangan rakyat.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?