PETALING JAYA: “Tunggu esok, ada kejutan untuk rakyat!” – Itu mesej yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang umum akan buat satu pengumuman istimewa esok jam 10:30 pagi.
Penghargaan yang dimaksudkan dikatakan sebagai tanda terima kasih Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa setia dan berdiri teguh bersama dalam setiap usaha reformasi yang dijalankan kerajaan.
Teruskan Membaca“Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan. Ini tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang tak pernah berhenti menyokong,” tulis Anwar dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Ramai netizen mula buat spekulasi sejak semalam bila poster misteri bertulis “Akan Datang. Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku” mula dimuat naik di akaun rasmi PM. Ada yang tertanya-tanya, bantuan ke? Bonus? Diskaun bil?
Apa pun, ramai berharap pengumuman ini benar-benar beri manfaat kepada semua, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar.
Kerajaan MADANI sebelum ini memang aktif dengan pelbagai inisiatif bantu rakyat, tapi kali ini nampaknya ada sesuatu yang “extra” menanti.
Sama-sama kita nantikan esok. Apa agaknya “penghargaan luar biasa” yang dimaksudkan tu?