SEPANYOL: Lepas hampir 9 tahun bersama, Cristiano Ronaldo akhirnya lock in hati Georgina Rodríguez dengan lamaran rasmi.
Teruskan MembacaBerita gembira tu dikongsi sendiri oleh Georgina kat Instagram pada 11 Ogos 2025, siap dengan kapsyen romantis “Yes, I do. In this and in all my lives,” sambil tunjuk cincin berlian bentuk oval yang memang padu.
Nilai cincin tu? Bukan calang-calang, dianggarkan USD4 juta hingga USD7 juta (lebih RM18 juta!). Memang level selebriti antarabangsa.
Pasangan ni mula kenal sejak 2016 masa Georgina kerja di butik Gucci, Madrid. Dari pertemuan singkat tu, terus jadi kisah cinta yang buat ramai cair.
Sejak pertama kali muncul bersama di FIFA Football Awards 2017, Ronaldo dan Georgina memang tak pernah terlepas dari perhatian media dan peminat bola sepak seluruh dunia.
Diorang kini besarkan lima anak, Cristiano Jr., pasangan kembar Eva Maria & Mateo, Alana Martina, dan Bella Esmeralda. Tapi keluarga ni juga pernah lalui momen sedih bila anak lelaki kembar kepada Bella, Ángel, meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 2022.
Walaupun belum ada tarikh kahwin rasmi, peminat dah mula berangan majlis mewah penuh glamor yang mungkin jadi antara wedding terbesar tahun ni.