Terkini

Misi buru emas Olimpik: MOM jamin penuhi permintaan Azizulhasni

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kini boleh fokus kepada misi memburu pingat dalam Sukan Olimpik 2024.

Azizulhasni akan diberi sokongan diperlukan

Ia selepas kerajaan memberi jaminan bahawa hampir semua tuntutannya bagi menjayakan misi itu bakal dipenuhi. 

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, pelumba berusia 35 tahun itu akan menerima semua sokongan yang diperlukan, teruama daripada aspek sains sukan.

MOM jelasnya bersama Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin sudah membincangkan isu disuarakan Azizulhasni sebelum ini kerana beliau adalah prospek terbaik Malaysia untuk memenangi pingat di Paris. 

“Kita tahu ini peluang terakhirnya… dan apa yang dibangkitkan beliau, kita cuba bantu dari segi ISN (Institut Sukan Negara). Kali ini kami beri tumpuan penuh kepada Datuk Azizulhasni dengan harapan dia akan membawa pingat yang tertinggi, iaitu kami harap emas.

“Tapi kita tidak mahu menekannya, kita akan beri sokongan penuh dan yang penting dia berada pada tahap terbaik untuk Paris nanti,” kata Nazifuddin.

Awal Jun lalu, Azizulhasni menerusi media sosialnya, melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional sejak awal tahun ini

Isu tersebut jelasnya telah menjejaskan persiapan menghadapi temasya di Paris yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.

Sementara itu Nazifuddin berkata, dalam Road to Gold (RTG), khidmat sokongan tambahan ditawarkan dan mereka cuba memenuhi permintaan atlet yang berada dalam program berkenaan.

Pelbagai

Scroll to Top