Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini menikmati kebahagiaan selepas melalui detik sukar dalam rumah tangganya yang lalu. Setiap perkongsian mengenai Bella dan anak-anaknya di media sosial sering menyentuh hati ramai.
Kini, Ayden dan Ara semakin rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang hadir sebagai figura bapa ketika mereka sangat memerlukan. Sebuah video kompilasi memaparkan gelagat manja anak kedua Bella, Ara Adreanna, bersama Syed Saddiq ketika sambutan hari lahir Didi Astillah baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai.
Teruskan MembacaDalam video yang tular itu, Syed Saddiq dilihat mendukung Ara, yang kelihatan sangat ceria dan selesa berada di sampingnya. Penampilan mereka berempat yang mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri acara tersebut juga menyerlahkan kemesraan seperti sebuah keluarga bahagia.
Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira melihat kehidupan Bella yang semakin tenang, malah ramai mendoakan agar jodoh antara Bella dan Syed Saddiq dipermudahkan.
















