Pemuzik sensasi dari Indonesia, Hey Garam & Madu, akhirnya bakal turun ke Malaysia tak lama lagi!
Teruskan MembacaNama mereka memang tengah meletup di rantau ini dengan gaya muzik unik berkonsepkan “hipdut”, gabungan hip-hopdan dangdut yang buat ramai ketagih setiap kali dengar. Lepas sukses besar dengan lagu-lagu mereka yang trending di TikTok dan YouTube, kini peminat Malaysia pula bakal rasai sendiri aura live mereka di pentas sebenar!
Setakat ini, belum ada tarikh rasmi atau lokasi diumumkan, tapi teaser yang dimuat naik oleh ICON Entertainment dengan hashtag #TENXI dan #LiveInMalaysia dah cukup buat ramai tak senang duduk.
Netizen pun mula berteka-teki, ada yang kata konsert ni mungkin akan berlangsung awal tahun depan, dan ada juga yang berharap ia dibuat di KL supaya senang turun beramai-ramai.
Kalau betul Hey Garam & Madu datang Malaysia, memang confirm jadi antara event paling panas tahun ni, sebab siapa je yang tak nak layan lagu hipdut mereka secara live, kan?
Stay tuned geng, sebab “Hey Garam & Madu Live in Malaysia” nampaknya bakal jadi satu lagi banger moment untuk peminat muzik serantau!
















