IKON Korean Pop (K-pop), G-Dragon membuat kejutan kepada peminat apabila membuka Instagram baharu pada hari ulang tahunnya yang jatuh pada 18 Ogos lalu.
G-Dragon atau nama penuhnya Kwon Ji-Yong membuka akaun Instagram baharu dengan username @fanplusonedotcom yang kini telah mencecah sebanyak 126,000 pengikut setakat ini.
Teruskan MembacaHantaran terawal akaun tersebut turut menunjukkan poster mengucapkan selamat ulang tahun buat ketua kumpulan Big Bang yang berusia 36 tahun tersebut.
Setiap hantaran di Instagram tersebut turut dibanjiri dengan komen para peminat yang tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan sempena hari ulangtahun penyanyi lagu That XX tersebut.
“Selamat hari jadi ketua kami selamanya. Semoga kekal bahagia selalu,” komen Raisha.
“Selamat ulang tahun G-Dragon! Makin berusia, makin kacak,” ujar Meeynugraha.
“Selamat hari jadi King (raja), dan tahniah untuk 18 tahun berada dalam industri K-Pop!” kata Sinmenyu.09.
Memetik laporan daripada Allkpop, pembukaan akaun Instagram tersebut turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat yang menyatakan G-Dragon bakal mengeluarkan album solonya tidak lama lagi.
Namun, label rekod penyanyi berkenaan memberi kenyataan bahawa masih tiada pengesahan mengenai desas-desus tersebut.
Untuk rekod, G-Dragon sebelum ini telah mempunyai akaun Instagram pertamanya, xxxibgdrgn dengan lebih 22.3 juta pengikut. — KL Viral
Baca juga: