Nama pempengaruh terkenal Ameera Khan sekali lagi jadi bualan hangat di media sosial selepas dia berkongsi beberapa foto percutian mewah di Dubai baru-baru ini.
Sekali imbas, gambar yang dimuat naik kelihatan biasa, pemandangan cantik, gaya fesyen tipikal Ameera dan suasana percutian. Namun, perhatian netizen terus tertumpu apabila kelihatan kehadiran seorang lelaki misteri dalam beberapa rakaman, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.
Teruskan MembacaRamai mula berteka-teki sama ada Ameera kini sudah move on dan menemui pengganti selepas hubungannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, sebelum ini dilaporkan berakhir. Ruangan komen Instagram pula dibanjiri pelbagai reaksi, daripada yang teruja sehinggalah yang meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian.
Ada juga netizen yang ‘berdetektif’, cuba meneliti aksesori dan gaya lelaki tersebut, malah mengaitkannya dengan latar belakang tertentu. Namun sehingga kini, Ameera memilih untuk berdiam diri tanpa mengesahkan sebarang spekulasi.
Hubungan Ameera dan Jefri sebelum ini memang sering menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas kedua-duanya dilihat tidak lagi saling mengikuti di media sosial dan memadam gambar bersama.
Apa pun, bagi ramai peminat, Ameera dilihat semakin tenang dan menikmati fasa hidupnya, sama ada solo atau ditemani seseorang yang istimewa.
Netizen pula terus menunggu, adakah ini sekadar percutian biasa, atau petanda cinta baharu? Seperti biasa, tuan badan sahaja yang tahu.
















