Pelakon Mimi Lana baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi yang cukup jujur di media sosial, menunjukkan sisi matang dan bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu.
Teruskan MembacaDalam perkongsian tersebut, Mimi mengakui pernah terlepas pandang untuk membayar seorang jurusolek, dan bukannya mahu menunjuk baik, dia memilih untuk mengaku kesilapan itu secara terbuka demi menjaga ketenangan hidupnya sendiri.
“Saya bukanlah orang yang sempurna, dan saya juga melakukan kesilapan. Saya tidak mahu membuktikan kebaikan saya atau menjadi mangsa dalam apa jua situasi,” tulis Mimi. Pelakon ini menekankan bahawa kebaikan sebenar adalah melalui tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata manis.
Perkongsian Mimi menerima sambutan positif daripada netizen, ramai yang memuji kejujuran dan keberaniannya untuk bertanggungjawab atas kesilapan. Ramai juga mengatakan, sikapnya itu menjadi inspirasi untuk orang lain mengekalkan integriti dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Langkah Mimi ini dilihat sebagai satu pendekatan matang untuk kekal tenang dan fokus kepada perkara bermakna dalam hidup, tanpa perlu mengambil perhatian terhadap hal-hal negatif atau gosip.
Memang nampak jelas, Mimi Lana bukan sekadar pelakon berbakat, tetapi juga seorang yang bijak urus diri dan nilai hidup.
















