Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang melalui fasa penceraian akibat kecurangan suami.
Teruskan MembacaMenurut Cik Epal, kebanyakan wanita yang menghubunginya meluahkan rasa kecewa, sedih dan hilang keyakinan diri selepas rumah tangga yang dibina musnah kerana orang ketiga. Ada yang berkongsi kisah dicurangi berkali-kali, malah ada juga yang baru tahu kebenaran selepas bertahun-tahun diperbodohkan.
Apa yang lebih menyentuh hati, ramai dalam kalangan mereka menyalahkan diri sendiri. Rasa tak cukup cantik, tak cukup baik, tak pandai jaga suami, semuanya dipikul sendirian.
Cik Epal bagaimanapun menitipkan pesanan supaya wanita-wanita ini berhenti menyalahkan diri. Katanya, kecurangan adalah pilihan individu itu sendiri, bukan salah pasangan yang setia.
“Kalau dia nak curang, sebaik mana pun kita, dia tetap akan cari alasan,” antara mesej tegas yang dikongsikannya.
Dalam pada itu, Cik Epal turut mengingatkan wanita yang sedang melalui episod pahit ini supaya bangkit semula dan fokus kepada diri sendiri serta anak-anak jika ada. Katanya, perceraian bukan penamat hidup, sebaliknya peluang untuk memulakan semula dengan lebih kuat dan matang.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Cik Epal. Ramai yang tampil berkongsi pengalaman masing-masing dan berterima kasih kerana berani menyuarakan isu yang dianggap sensitif.
Dalam dunia hari ini, isu kecurangan bukan lagi sesuatu yang asing. Namun bagi mereka yang mengalaminya, luka itu tetap dalam dan mengambil masa untuk sembuh.
Apa pun, pesan Cik Epal jelas, jangan hilang nilai diri hanya kerana kesilapan orang lain. Anda berhak untuk bahagia.
















