Pasangan selebriti Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain, baru-baru ini mencuri perhatian netizen dengan perkongsian manis di media sosial. Malam pertama Ramadan kali ini nampaknya jadi sangat bermakna untuk Ezwan!
Teruskan MembacaDalam postingnya, Ezwan berkongsi kegembiraannya selepas menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan, sambil menyapa followers dengan:
“Alhamdulillah my first tarawih. Selamat menyambut Ramadan buat semua umat Islam. Korang tarawih kat mana?”
Tapi bukan itu saja yang menarik perhatian ramai, suami Erra itu turut mendedahkan bahawa dia sempat bertemu dengan Tun Hasmah, pengalaman yang jarang berlaku dan jadi lebih istimewa kerana ia berlaku pada malam yang penuh berkat.

Erra sendiri tak ketinggalan memberi respon sweet kepada posting suaminya, manakala Ezwan pula tidak lupa ucap terima kasih kepada isteri tersayang atas sokongan sepanjang mereka meniti perjalanan sebagai pasangan suami isteri.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 12 Disember 2025, dalam majlis intim yang berlangsung di Subang. Sejak itu, peminat memang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, dan perkongsian Ezwan malam pertama Ramadan ini sekali lagi menunjukkan sisi manis kehidupan pasangan ini.
















