Murid-murid kini akan dapat belajar cara menggunakan teknologi dengan lebih bijak dan selamat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Modul Etika Siber Nasional (ESN) di sekolah. Inisiatif ini datang untuk melindungi pelajar daripada pelbagai ancaman digital yang makin menjadi-jadi sekarang.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata modul ini membantu murid faham risiko dunia digital seperti penipuan online, buli siber, penyalahgunaan data, malah eksploitasi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Teruskan Membaca“Modul ni ada enam topik utama, kesihatan & kesejahteraan digital, fasih digital, adab digital, privasi & keselamatan digital, hak & tanggungjawab digital, dan perdagangan digital. Semua topik ni disusun step by step supaya murid faham bukan sahaja dari segi teknikal, tapi juga emosi, sosial, dan moral dalam menggunakan teknologi,” katanya semasa sesi Dewan Negara Rabu lalu, menjawab soalan Senator Tiew Way Keng.
Modul ini dibangunkan KPM bersama Kementerian Digital Malaysia dan CyberSecurity Malaysia sebagai sokongan kepada program CyberSAFE® in Schools, khusus untuk pelajar berumur 7 hingga 17 tahun.
Selain itu, KPM juga sedang menyiapkan Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI) untuk guru dan pelajar supaya AI digunakan dengan etika dan bertanggungjawab. Panduan ini akan fokus pada etika AI, keselamatan data, dan integriti akademik, dan dijangka siap pada April 2026.















