DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sita dan pindah halangan peniaga di Jalan Jejaka 7 dan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, antara barangan yang disita termasuk peralatan berniaga seperti meja dan kerusi plastik, stall dapur beroda, stall berkaca dan pelbagai barangan berniaga yang lain.
Teruskan Membaca“Kesemua barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut.

Tindakan sitaan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Pihak DBKL dalam kenyataan turut menekankan bahawa tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di seluruh 11 parlimen sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. — KL Viral.
Baca juga: