Pelakon Sophia Albarakbah, 33, tunjuk keberanian luar biasa demi wataknya dalam filem terbaru Amir Amira. Untuk benar-benar faham dan selami dunia golongan transgender, Sophia ambil pendekatan ‘real life homework’, lepak, borak, dan dengar sendiri pengalaman mereka.
“Setiap cerita hidup mereka hampir sama, kebanyakan ibu bapa tak terima. Saya faham betapa sakitnya apa yang mereka lalui,” kongsi Sophia kepada mStar. Pengalaman itu bukan saja membuka mata Sophia, malah membuatkan dia lebih menghargai keperluan sokongan keluarga.
Teruskan Membaca
Sophia tekankan, naskhah filem ini bukan untuk mengangkat atau membenarkan tindakan tertentu. Ia sekadar membuka ruang perbincangan dalam masyarakat tentang realiti pahit yang kadang-kadang tabu untuk dibincangkan, sambil menekankan nilai kekeluargaan, kejujuran, dan persahabatan.
“Saya terima segala komen. Jangan terus menghakimi sebelum tonton dan faham apa yang cuba kami sampaikan,” katanya lagi.
Filem Amir Amira nampaknya bakal jadi topik hangat, bukan hanya kerana isu transgender, tapi juga mesej mendalam tentang kasih sayang, sokongan keluarga, dan realiti sosial yang kadang kita terlepas pandang.
















