Zaman sekarang, nak jadi penyampai radio bukan sekadar ada suara sedap je, kena ada pakej lengkap, termasuk skill buat content yang boleh meletup dekat media sosial.
Itulah konsep terbaru yang dibawakan oleh stesen radio popular HITZ menerusi pencarian bakat “NEXT ON HITZ”, yang kini sedang dibuka untuk generasi baru yang berani tampil dan nak cuba nasib dalam dunia penyiaran.
Teruskan MembacaBerbeza dengan audition tradisional, kali ni semuanya bermula di TikTok. Peserta hanya perlu hasilkan video kreatif dengan cara duet video rasmi HITZ, nampak simple, tapi sebenarnya mencabar sebab kena betul-betul menonjol dalam lautan content yang bersaing untuk perhatian.

Bukan setakat suara akan dinilai, tetapi keseluruhan personaliti. Dari cara bercakap, energy depan kamera, sampai ke kebolehan berinteraksi dengan audience, semua jadi faktor penting. Ringkasnya, mereka bukan sekadar cari DJ radio, tapi “content creator” yang boleh hidup dalam dunia digital hari ini.
Bagi yang berjaya ke peringkat seterusnya, peserta akan dibawa ke All Asia Broadcast Centre (AABC), Bukit Jalil untuk melalui pelbagai latihan dan cabaran sebenar dunia radio. Di sinilah mereka akan diuji dari segi bakat, kreativiti dan kemampuan untuk survive dalam industri yang semakin kompetitif.
Menurut pihak HITZ, penyampai radio masa kini perlu lebih daripada sekadar suara, mereka perlu ada identiti sendiri dan tahu bagaimana nak connect dengan pendengar, terutama melalui platform digital yang semakin berpengaruh.

Penyertaan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun, bermula 6 hingga 24 April 2026.
Jadi, kalau selama ni korang rasa suara sedap dan ada aura untuk jadi next radio star, mungkin ini peluang terbaik. Mana tahu, dari video FYP, terus on-air satu Malaysia!
















