Bila jalan-jalan sekitar Bukit Bintang baru-baru ni, ramai yang perasan satu billboard misteri dengan huruf “E” besar terpampang. Simple je design dia, tapi cukup buat ramai jadi curious, apa benda sebenarnya?
Lepas tu, terus mula spekulasi kat media sosial. Ramai netizen yakin logo “E” tu ada kaitan dengan band rock terkenal, Evanescence. Lagi-lagi peminat tegar, memang cepat tangkap vibe sebab logo tu seakan-akan sama dengan identiti band tersebut.
Teruskan MembacaKalau betul, ini memang berita besar. Dah lama juga peminat di Malaysia tunggu peluang nak tengok Evanescence perform live depan mata. Lagu-lagu macam Bring Me To Life dan My Immortal masih lagi jadi kegemaran ramai sampai sekarang.
Setakat ni, belum ada pengumuman rasmi pun lagi. Tapi biasalah, kalau dah mula keluar teaser macam ni, mesti ada sesuatu tengah “cooking”. Ramai dah mula berharap supaya konsert tu betul-betul jadi kenyataan.
Apa pun, sama-sama kita tunggu update rasmi. Kalau jadi, memang Bukit Bintang bukan setakat tempat shopping je, tapi bakal jadi saksi hype peminat rock satu Malaysia!
















