Nampaknya pelakon Azar Azmi kini perlahan-lahan kembali aktif dalam dunia seni selepas melalui fasa sukar sebelum ini.
Terbaharu, Azar berkongsi dia sudah mula menerima beberapa tawaran berlakon. Walaupun belum masuk set lagi, perkembangan ini jelas beri bayangan bahawa rezekinya dalam industri kembali terbuka.
Teruskan MembacaNamun begitu, Azar mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Bukan semua tawaran akan diterima, sebaliknya dia akan teliti dahulu watak dan jalan cerita sebelum bersetuju untuk terlibat.
Pendek kata, kali ini dia tak nak ambil mudah, kalau nak buat comeback, biar dengan naskhah yang betul-betul berkualiti dan beri impak.
Difahamkan juga, semua urusan berkaitan tawaran kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya, termasuk jadual penggambaran yang masih dalam perbincangan.
Sebelum ini, Azar agak menyepi daripada industri susulan beberapa isu peribadi. Tapi sekarang, langkah barunya ini dilihat sebagai permulaan untuk bangkit semula.
Apa pun, ramai yang gembira tengok Azar dah mula ‘move on’ dan kembali ke dunia lakonan. Harap lepas ni makin banyak project best yang kita boleh tengok daripada dia.
















