Natasha Hudson, kini selamat menimang cahaya mata kelima dan paling istimewa, bayi lelaki pertama dalam hidupnya.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Natasha di media sosial, sekali gus buat ramai peminat tumpang rasa bahagia. Selepas empat orang anak perempuan, kehadiran baby boy ini memang sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.
Teruskan MembacaDalam perkongsian tersebut, Natasha turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anaknya yang berjalan lancar. Walaupun tidak berkongsi secara terperinci, jelas terpancar kegembiraan seorang ibu yang kini lengkap dengan “team boy” dalam keluarga kecilnya.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat Natasha dan bayi comelnya. Ramai juga yang teruja melihat perjalanan hidupnya yang kini semakin bahagia bersama anak-anak.
Apa pun, tahniah buat Natasha Hudson! Semoga si kecil membesar dengan sihat dan jadi penyejuk hati ibu.
















