Pelakon Azar Azmi terbuka berkongsi momen susah dalam hidupnya, termasuk kebaikan seorang rakan industri yang banyak membantu ketika dia diuji.
Menerusi sebuah podcast, Azar mendedahkan Ozlynn Wati adalah antara individu terawal yang tampil memberi sokongan, malah sudah mengetahui kisah sebenar yang berlaku beberapa hari sebelum dia ditahan.
Teruskan Membaca“Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu semua cerita aku. Tiga hari sebelum aku kena ambil, aku sempat cerita semua dekat dia… orang tu Ozlynn,” kongsi Azar.
Lebih menyentuh hati, Ozlynn bukan saja jadi tempat Azar meluah, tapi turut menghulurkan bantuan dalam bentuk zakat supaya Azar dapat sediakan keperluan untuk anak-anak.
“Dia bagi aku sedikit zakat… cukup untuk beli pampers, susu anak. At least aku boleh bagi anak-anak makan ayam goreng, sebab anak aku memang suka. Dia asyik sebut nak KFC, budak-budak kan,” katanya lagi.
Menurut Azar, Ozlynn juga setia mendengar setiap luahan sampai sama-sama mengalirkan air mata.
Kisah ini bukan sekadar tentang bantuan, tapi bukti masih ada kawan yang betul-betul ada waktu susah. Kadang bukan jumlah yang besar, tapi keikhlasan tu yang paling kena dekat hati.















