Hubungan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah nampaknya makin serius bila mereka dikatakan bakal melangkah ke fasa seterusnya tidak lama lagi.
Difahamkan, Ahli Parlimen Muar itu mendedahkan persiapan perkahwinan mereka berjalan lancar walaupun kedua-duanya sibuk dengan komitmen kerja masing-masing. Namun begitu, mereka tetap cuba seimbangkan masa demi memastikan segala perancangan majlis berjalan seperti yang diharapkan.
Teruskan MembacaApa yang lebih menarik, pasangan ini menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga sebelum penghujung tahun ini. Syed Saddiq turut menegaskan bahawa kebahagiaan Bella serta keluarganya menjadi keutamaan dalam setiap perancangan yang dibuat.
Dalam pada itu, beliau juga memberi bayangan bahawa berita lanjut mengenai tarikh pernikahan akan dikongsikan kepada umum apabila tiba masa yang sesuai.
Walaupun jadual masing-masing padat, pasangan ini tetap komited untuk meneruskan perancangan hari bahagia mereka, nampaknya ramai dah tak sabar tunggu detik rasmi mereka jadi suami isteri!
















