Personaliti media sosial, Sofea Shra mencuri perhatian ramai apabila menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke acara eksklusif jenama kosmetik terkenal milik Huda Kattan baru-baru ini.
Apa yang lebih membanggakan, Sofea bukan saja hadir sebagai tetamu jemputan, malah dia turut memperagakan keunikan budaya Malaysia apabila menghadiahkan Huda sepasang busana kebaya yang cukup anggun.
Teruskan MembacaMenerusi perkongsian di media sosial, Sofea dilihat membantu Huda mengenakan kebaya tersebut sambil berkongsi tentang keindahan pakaian tradisional Malaysia itu. Ramai netizen turut meluahkan rasa bangga melihat budaya tempatan diperkenalkan di pentas antarabangsa.
Difahamkan, momen tersebut berlaku ketika acara pelancaran dan pertemuan bersama beberapa figura terkenal dunia kecantikan dari pelbagai negara. Kehadiran Sofea sekali gus dianggap satu pencapaian besar buat dirinya dalam industri hiburan dan dunia digital.
Rata-rata peminat memenuhi ruangan komen dengan pujian selain menyifatkan Sofea berjaya membawa nama Malaysia dengan cukup classy dan elegan.
















