Aktivis GSF, Haroqs baru-baru ini menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video dirinya mencampakkan gula-gula dan coklat ke laut dengan harapan ia dapat sampai kepada kanak-kanak di Gaza, Palestin.
Walaupun niatnya dilihat baik dan penuh simpati terhadap nasib rakyat Palestin, tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada orang ramai yang menganggap ia boleh mencemarkan laut serta mengancam hidupan marin.
Teruskan MembacaRamai netizen menegur bahawa bungkusan plastik gula-gula itu berisiko dimakan oleh penyu, ikan atau burung laut kerana disangka makanan.

“Faham niat nak bantu, tapi plastik tu macam mana? Takut hidupan laut termakan pula nanti.”
Malah ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk pembuangan sampah ke laut walaupun dilakukan atas tujuan baik.
“This is so wrong. Niat tu okay, tapi kena guna common sense juga. Plastik tu boleh bahayakan hidupan laut.”
Susulan menerima kecaman, Haroqs tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tindakannya mungkin dianggap tidak sesuai.

“Maaf kalau perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut dianggap tidak sopan dan mencemarkan laut. Saya sedar saya manusia biasa yang serba kekurangan, cuma saya tiada pilihan lain untuk sampaikan coklat kepada anak-anak G.”
Dalam masa sama, dia menjelaskan tindakannya dibuat atas dasar kasih sayang dan berharap bantuan kecil itu mampu sampai kepada kanak-kanak di Gaza.
“Saya hanya berharap Allah sampaikan coklat ini kepada anak-anak di G. Keep going, Allah with us ❤️✌🏻”
















