Pempengaruh media sosial, Cik B menerima hadiah luar biasa daripada ibunya, Datuk Seri Vida apabila dihadiahkan sebuah Lamborghini Urus sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
Momen istimewa itu berlaku ketika program Talk To My Manager yang berlangsung malam tadi apabila Vida membuat kejutan khas buat anak kesayangannya.
Teruskan MembacaMenerusi siaran langsung tersebut, Cik B dilihat seolah-olah tidak menyangka dengan hadiah yang diterima sebelum terus memeluk ibunya dalam suasana penuh emosi.
Terdahulu, dua tahun lalu, Cik B turut mencuri perhatian apabila menghadiahkan dirinya sebuah G Wagon Brabus G63 sempena ulang tahun kelahiran ke-19 lengkap dengan nombor plat eksklusif C1KB yang sinonim dengan namanya. Selamat Hari Lahir CikB!
















