Terkini

Pertahan Aminuddin sebagai Menteri Besar – Anwar

Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan wajar dipertahankan bagi mempermudah dan melancarkan kerjasama antara gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut juga adalah bagi meneruskan perancangan dan memastikan kelangsungan kerja yang telah dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Aminuddin sebelum ini.

“Inilah politik sekarang ini, saya mahu huraikan, pertahankan Aminuddin sebagai Menteri Besar. Ini memudahkan lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Orang Port Dickson berjasa pada saya, bukan saya mahu lari dari Port Dickson ini ke kawasan Tambun tetapi di situ (Tambun) adalah kawasan musuh. Port Dickson sudah kuat dan calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan (Port Dickson),” katanya ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di Dataran Kampung Pachitan, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, penduduk Port Dickson begitu berjasa kepada beliau dan kawasan Parlimen itu amat ‘istimewa’ buat dirinya.

Pelbagai

Scroll to Top