Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi berada pada tahap siap siaga penuh bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata semua taklimat mengenai perkara itu sudah diberikan pihaknya kapada pihak berkaitan. Persiapan menghadapi pilihan raya ini meliputi pelbagai aspek termasuk cuaca dan banjir.
Teruskan Membaca“Ia merupakan pengalaman biasa dalam pilihan raya seperti sebelum ini dan bukannya kali pertama. Kita setakat ini memang tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu (pusat mengundi).
“Semua sekolah kini bersedia 100 peratus menjelang hari pengundian nanti,’ katanya ketika ditemui dalam satu program di Kampung Harmoni, Ijok.