Bantu kesan Nur Shafina, hilang selepas ke sekolah

Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolahnya pada Rabu lalu dan tidak pulang ke rumahnya yang terletak di Batu 20 1/4, Kampung Padang, Hulu Langat di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 34 tahun mengadu anaknya, Nur Shafina Maisarah Abdullah tidak pulang ke rumah sejak  keluar meninggalkan rumahnya kira-kira jam 6.15 pagi pada hari tersebut.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?